Blogger Layouts

Kawan-Kawan

Showing posts with label berkongsi maklumat. Show all posts
Showing posts with label berkongsi maklumat. Show all posts

2012-12-14


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Entri kali ni, Ika tak tahu nak menulis mengenai apa.  So, Ika nak share beberapa mutiara kata yang indah.  Diambil dari <KLIK SINI>

1)  Membiarkan dirimu dibuai perasaan samalah seperti membenarkan diri dibuai oleh syaitan kerana ia suka kepada orang yang berkhayal. Menyedari kesalahan sendiri adalah lebih baik dari baik daripada menegur kesalahan yang dilakukan oleh orang lain

2) Kecantikan hati, tutur kata dan budi adalah kecantikan manusia yang paling indah yang paling sukar dihampiri selagi dunia fana ini masih terbit pergolakan untuk menakluki bumi Allah



3) Guru mengajar apa yang baik tapi tidak semestinya guru itu sendiri baik. Penjenayah itu jahat tapi bukan semestinyasetiap detik hatinya penuh dengan kejahatan dan bukan setiap yang alim itu penuh taqwa kerana yang benar benar bertaqwa sahaja yang mengerti baik dan jahat

 4)  Semalam adalah suatu kenangan hari ini adalah suatu kenyataan manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam hemdaklah kita simpan buat pedoman di hari depan dan kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang merupakan suatu penyeksaan

5) Kemanisan bicara seorang wanita dapat mengegarkan sebuah istana, menyejukkan jiwa yang kehangatan juga menghancurkan dirinya sendiri. Oleh itu tempatkanlah ia di sudut yang damai agar kebahagian bisa berpanjangan

6) Kecantikan ibarat pepohon yang merimbun. Akan hilanglah serinya apabila dedaun berguguran

7) Hidup ini bagaikan sebuah titisan yang perlu dilalui oleh setiap insan di dunia ini. Oleh itu merentaslah di titian yang teguh yang dibina dari kayu kayu keimanan yang kukuh

8) Seorang ibu sanggup memelihara 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tertentu dapat memelihara seorang ibu

9)  Jangan kenangi kesedihan lalu sebaliknya ingatlah kegembiraan mendatang. Belajarlah bersungguh sungguh agar kegembiraan yang kita nantikan berhasil

10) Setiap mata yang tertutup, belum bererti ia tidur setiap mata terbuku, belum bererti ia melihat

Setiap mutiara2 kata ini mempunyai maksud yang mendalam untuk memahami nya.

Sampai sini je lah penulisan Ika.  Ribuan terima kasih kerana sudi membacanya sampai habis.

salam sayang,

kalau tidak terkata untuk Comment, LIKE pun boleh

2011-12-30

indah nya =,=

assalamualaikum dan salam satu malaysia

siang tadi ika keluar jalan2 dengan member ika sbb ika boring sangat duk rumah dan terasa nak window shopping. kiteorg g megamall tp sumpah teramat boring kat mega..so kiteorang cadang la nak g kuatan prade. tp jalan jem pulak nak ke ktn parade tu. so kiteorang pergilah giant sbb kawan ika nak mkn. time tgh mkn tu kan, tah mcm mana kiteorang blh terkeluar bab kawin..

bell : "ika, ka da tgk blum satu video yang tengah kecoh kat fb?"
ika : "video yang mana?banyak ngat video kat fb tu"
bell : "alah, video yang sorang bdk perempuan baya kita yang kena lama tu."
ika : "oh yang tu. ade aq tgk tp aq x buka pun sbb line laju ngat."
bell : "ce ka tgk. romantik gler kot. dye lamar guna camera dslr"
ika : "x pe. nnt aq cari"

so blik je dari bandar, ika terus cari video tu. ika jumpa video tu dari fb mmber ika.. habis je ika tgk video tu, ika terasa nak kawen.. romantik gler kot laki tu. ika x mau komen panjang, tapi tgk la. nnt x suprise sbb da tau...

selamat menonton ya.




p/s: bila nak ade orang lamar ika tuk kawin. :(


lot of love:

kalau tidak terkata untuk Comment, LIKE pun boleh

2011-12-29

Warna Dalam Kehidupan (2)

assalamualaikum dan salam satu malaysia

untuk entry kali ini ika akan kata lagi pasal warna tp berkaitan dengan .............

=================================================
warna dan tarikh lahir


2 Disember hingga 11 Januari – Oren
12 Januari hingga 24 Januari – Kuning
25 Januari hingga 3 Februari – Merah Jambu
4 Februari hingga 8 Februari – Biru
9 Februari hingga 18 Februari – Hijau
19 Februari hingga 28 Februari – Perang
1 Mac hingga 10 Mac – Aqua (Biru Kehijauan)
11 Mac hingga 20 Mac – Lime
21 Mac – Hitam
22 Mac hingga 31 Mac – Ungu
1 April hingga 10 April – Biru Laut
11 April hingga 20 April – Perak
21 April hingga 30 April – Putih
1 Mei hingga 14 Mei – Biru
15 Mei hingga 24 Mei – Emas
25 Mei hingga 3 Jun – Krim
4 Jun hingga 13 Jun – Kelabu
14 Jun hingga 23 Jun – Maroon
24 Jun – Kelabu
25 Jun hingga 4 Julai – Merah
5 Julai hingga 14 Julai – Oren
15 Julai hingga 25 Julai – Kuning
26 Julai hingga 4 Ogos – Merah Jambu
5 Ogos hingga 13 Ogos – Biru Laut
14 Ogos hingga 23 Ogos – Hijau
24 Ogos hingga 2 September – Aqua (Biru Kehijauan)
3 September hingga 22 September – Lime
23 September – Olive
24 September hingga 3 Oktober – Ungu
4 Oktober hingga 13 Oktober – Biru
14 Oktober hingga 23 Oktober – Perak
24 Oktober hingga 11 November – Putih
12 November hingga 21 November – Emas
22 November hingga 1 Disember – Krim
2 Disember hingga 11 Disember – Kelabu
12 Disember hingga 21 Disember – Maroon
22 Disember – Teal Merah (Kayu)

MERAH
Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda ‘angin satu bandan’! Taman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan meraka.
KRIM
Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan ‘kehilangan’ sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang ceria selalu! Sebagai seorang kawan kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji. Dari segi percintaan, kamu amat berhati-hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar-benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!
TEAL MERAH (WARNA KAYU)
Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki taupun perempuan, tentu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punyai ramai teman.
MERAH JAMBU
Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang-orang di sekelilignya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berprasangka buruk terhadap orang lain. Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.
HIJAU
Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru dikenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu, namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata-kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar-benar sesuai untuk dirinya!
EMAS
Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan setia serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang yang benar-benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.
KUNING
Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang-orang yang ada disekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta. Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke dapan. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminat hal-hal yang romentik bersama si dia. Alahai!
MAROON
Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuati itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu-buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!
OREN
Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap-tiap perbuatan yang kamu lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang disekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangai ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!
UNGU
Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya. Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Kamu juga mempunyai daya penarik yang sukar dicari pada orang lain. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembiri, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punyai kedudukan dan agak stabil kewangan mereka. Namun kamu pandai menawan hati orang lain, tak rugi jika dapat mengenali diri kamu lebih dekat lagi.
LIME (WARNA BUAH LIMAU)
Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewek juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personality tersendiri yang membuat orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?
PERAK
Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat balam bidang yang berkaitan dengan seni. Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga! Namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan, bukan apa kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauh mana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap ‘hard to get’ untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.
HITAM
Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni akan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!
OLIVE (WARNA BUAH ZAITON)
Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan. Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi ‘favourite’ di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!
PERANG
Kamu seorang yang sukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia. Mungki ‘rezeki’ kamu untuk memilikinya nanti?
KELABU
Kebanyakkan meraka yang diwakili oleh warna kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh seiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu boleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.
BIRU
Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cenderung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mempu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benar menyintai si dia setulus hati. Silap sendirilahkan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.
BIRU LAUT
Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala-galanya. Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati-hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya, kamu ego sangat nak memaafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada melakukan kesilapan!
PUTIH
Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mengapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!
(AQUA) BIRU KEHIJAUAN
Mak oi! Angin satu badan kamu ni rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kedangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuat kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain. Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta …! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak memakan diri.


p/s: jgn terlalu percaya sekiranya ade persamaan.  ini hanya lah untuk hiburan semata-mata. =,=


with lot of love:

kalau tidak terkata untuk Comment, LIKE pun boleh

Warna Dalam Kehidupan

assalamualaikum dan salam satu malaysia

setiap orang mesti ada warna kegemaran dye yang tersendiri kan.  ika pun ade warna kegemaran ika juga.  warna kegemaran ika mestilah warna ........... (ce teka lah ika suka suka warna ape.  heheehehhe.)

pernah bayangkan kalau dalam kehidupan kita tiada warna? yang ade cuma hitam dan putih..mesti memboringkan.. betul x? so warna amat penting dalam kehidupan kita.  selain itu, warna juga memainkan personaliti diri kita. ini betul hasil kajian bukan ika reka tau..

ika ade jumpa 2 artikel mengenai warna dan personaliti kita.  so ika share ngan semua la mengenai ini..
selamat membaca. =,=




=====================================================
warna yang sesuai mengikut hari



Isnin
  • Warna putih adalah warna perangsang Kelenjar Pineal (NW1) dan Kelenjar Pitutary (NW2). 
  • Warna putih akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh berada dalam keadaan hening.
  • Salah satu cara untuk mendapatkan keheningan ialah dengan tidur awal. 
  • Mereka yang tidak mendapat waktu tidur yang betul akan menjadi lemah semangat, letih dan tidak bersedia menghadapi hari Isnin. Biasanya mereka yang tidak mendapat warna perangsang ini akan merasa malas untuk ke tempat kerja setiap hari Isnin.
  • Jika kita mendapat tidur yang mencukupi, hari Isnin sepatutnya ialah hari yang paling sesuai untuk mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan keazaman yang baru. Isnin ialah hari terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen pada hari ini.
  • Bunga warna putih jauh lebih mekar pada hari Isnin berbanding hari lain. Pokok bunga putih yang ditanam pada hari yang lain biasanya sukar untuk hidup atau berbunga tetapi masalah ini boleh diatasi sekiranya ia ditanam pada hari Isnin.
  • Rawatan yang sesuai dijalankan pada hari Isnin ialah penyakit seperti lemah semangat, kelesuan, hilang keyakinan diri, halusinasi, pelupa, epilepsi, amnesia (nyanyuk) dan beberapa penyakit lain yang berkaitan dengan Kelenjar Pineal (NW1) dan Kelenjar Pitutary (NW2). Mereka yang mendapatkan rawatan seperi yang dinyatakan di atas didapati akan lebih cepat sembuh berbanding dengan hari lain, Insya Allah.


Selasa
  • Warna pink ialah warna kasih sayang dan menyamai dengan vibration bahagian Thalamus (NW3). Mereka yang mengalami migrain akan merasa kelegaan setiap hari selasa.
  • Thalamus berperanan menjaga kasih sayang dan penghayatan. Hari ini ialah hari yang paling sesuai untuk beremosi, meluahkan perasaan kasih sayang kepada pasangan masing-masing. Ini juga adalah hari yang sesuai untuk mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana masalah tersesat atau keletihan setika sedang mengembara diimbangi dengan tahap penghayatan yang tinggi pada hari ini.
  • Dengan berpakaian pink, kuasa pujukkan terhadap anak atau pelajar yang degil bertambah kuat. Begitu juga pujukan terhadap pesakit atau orang yang ingin membunuh diri. Elakkan memakai pakaian merah untuk memujuk meraka kerana mereka akan menentangnya dengan serta merata dan akan meneruskan hasratnya untuk membunuh diri dengan sekelip mata. Anggota bomba perlu menukar pakaian ke warna pink sebelum memujuk orang yang mahu membunuh diri.
  • Rawatan yang sesuai dijalankan pada Selasa ialah migrain, Attention-Deficit / Hyperactivity Disorder ADHD (kanak-kanak bermasalah) atau yang berkaitan dengan bahagian otak Thalamus (NW3).


Rabu
  • Warna biru ialah warna perangsang kelenjar Tyroid (NW9). Biru ialah warna yang menjadikan gelombang dalam bentuk bunyi lebih resonan. Pada hari Rabu didapati kicauan burung lebih merdu (resonan dan bermomentum, tidak terputus-putus garisan gelombangnya).
  • Pada hari Rabu, didapati paras hormon thyroxine (T4) yang dirembeskan oleh Kelenjar Tyroid (NW9) berada pada tahap optimum. Paras thyroxine yang optimum menjadikan segala yang dihasratkan oleh hati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata-kata. Oleh itu, hari rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyurat, berpidato dan sebagainya.
  • Berbanding dengan hari yang lain, penyakit yang berkaitan dengan Tyroid (NW9) seperi goiter (beguk), tongsel, penyakit kerongkong dan sebagainya akan mudah pulih sekiranya mula dirawat pada hari Rabu.


Khamis
  • Warna kuning ialah warna rangsangan sistem penghadaman (NW12, NW13, NW14, NW15) dan warna oren ialah warna kesuburan, hormon dan sistem reproduksi (NW16, NW17).
  • Kemuncak warna kuning ialah sepanjang siang hari. Pada hari ini dinasihatkan agar kita tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi peluang sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya.
  • Sistem penghadaman yang amat bertenaga pada hari ini sesuai untuk menghadamkan segala sisa makanan di dalam tubuh untuk menjadi zat dan tenaga yang amat diperlukan. Pada hari Khamis, asid folik yang amat sukar dihasilkan pada hari biasa didapati dapat dihasilkan dengan banyak dalam tubuh. Bagi mereka yang berdiet pada hari Khamis, didapati kandungan urik asid, lemak dan protein dipecahkan dan ditukar menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak.
  • Warna oren merangsang sistem kesuburan lalaki dan wanita. Oleh itu, hari khamis ialah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat.
  • Pada hari Khamis, penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman dan sistem reproduksi mudah dirawat dan mencapai tahap penyumbuhan yang pantas berbanding apabila ia dirawat pada hari yang lain.


Jumaat
  • Hijau ialah tahap vibration yang menyamai tenaga yang merangsang fungsi Jantung (NW11) dan Paru-paru (NW10).
  • Pada hari Jumaat, didapati aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap yang paling maksumum. Kemuncak aktiviti klorofil berlaku pada waktu tengah hari iaitu sejam setelah matahari tergelincir ke barat (sejam setelah solat Jumaat).
  • Hari Jumaat ialah hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga. Senaman pernafasan yang dijalankan pada hari Jumaat akan memeri kesan menakjubkan pada hari ini berbanding hari-hari yang lain.
  • Biasanya pada hari-hari yang lain kita akan merasa lemas apabila berada dalam himpunan orang ramai. Tetapi amat menghairankan kerana setika di dalam masjid pada waktu solat Jumaat didapati kita tidak merasa lemas atau rimas walaupun saling berhimpit-himpit dengan kesesakkan.
  • Hari Jumaat ialah hari yang paling sesuai untuk menjalankan rawatan berkenaan penyakit kardiovaskular (Jantung NW11) dan respirasi (Paru-paru NW10) kerana paras oksigen dalam atmosfera berada pada tahap yang tertinggi pada hari ini.


Sabtu
  • Merah ialah warna yang menyamai vibration bahagian Usus (NW19), Otot, Darah (NW18), Tulang dan Saraf (NW20). Organ yang berwarna merah ini banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh.
  • Hari sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti seperti bersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya.
  • Bagi mereka yang mengalami penyakit yang berkaitan dengan Usus (NW19), Darah dan Otot (NW18) atau Tulang dan Saraf (NW20), amat sesuai memulakan rawatan pada hari sabtu. Memulakan rawatan bagi penyakit yang berkaitan dengan organ merah ini pada hari yang lain selain sabtu biasanya akan memberi implikasi kesan pembongkaran di mana pesakit akan merasa kesakitan dalam proses penyembuhan.


Ahad
  • Tenaga spektrum pada hari Ahad adalah menyamai pada hari Isnin. Perbezaannya ialah gerakkan zarah pada hari ahad didapati lebih tertumpu kepada sesuatu kawasan berbanding dengan semua hari yang lain di mana pergerakan zarah adalah rawak. Gerakkan zarah dalam atmosfera amat pelik kerana menyamai keadaan zarah dalam air.
  • Gabungan semua warna dalam udara akan membentuk warna putih, tetapi gabungan semua warna dalam air akan membentuk warna kegelapan atau hitam. Hari Ahad adalah gabungan semua warna dalam keadaan zarah yang menyamai sifat air.
  • Gabugan semua warna akan mempertenagakan seluruh tubuh. Tetapi kewujudannya dalan keadaan zarah yang hanya bergerak dalam kawasan setempat menjadikan tenaga ini separa matang (magnitud) dan masih belum mampu mempertenagkan mana-mana bahagian tubuh.
  • Oleh itu, hari Ahad ialah hari yang sesuai untuk beristirehat. Sebaik-baiknya bercutilah pada dari Ahad. Hari rehat ini ialah hari terbaik untuk bersama keluarga tercinta. Menjalankan sebarang aktiviti teruatamanya aktiviti lasak hanya akan mendatangkan kemudaratan terhadap tubuh.
  • Memandangkan hari Ahad mempunyai penyerakkan zarah yang tidak stabil, pakaian berwarna hitam mengelakkan dari daripada terdedah kepada golombang asing yang boleh memudaratkan. Pengamal seni mempertahankan diri yang mengenakan mengenakan tali pinggang hitam dan pakaian hitam akan merasa bebas dari kongkongan atau pengaruh gangguan tenaga asing.


with lot of love:

kalau tidak terkata untuk Comment, LIKE pun boleh

Al Kisah Pak Pandir

assalamualaikum dan salam satu malaysia.

untuk entry kali ni, ika nak share kisah2 lawak dari Pak Pandir. mungkin ia dapat release kan tension kita untuk seketika.  selamat bergelak ya.

==========================================================

ALKISAH 1
Pak Pandir ingin membeli tv warna. Dia pun ke kedai..
Pak Pandir : Awak ada jual tv warna?
Penjual : Ada.
Pak Pandir : Kasi saya tv warna pink satu…
=========================================================
ALKISAH 2
Pak Pandir pergi ke kedai. Dia ternampak benda berkilat….. Dia pun bertanya kepada penjual…
Pak Pandir : Apa benda yang berkilat tu
Penjual : Oh! Itu tarmos
Pak Pandir : Apa kegunaannya??
Penjual : Ia memanaskan benda yang panas dan menyejukkan benda yang sejuk
Pak Pandir : Baiklah, saya beli satu….
Keesokkan harinya, Pak Pandir pun pergi ke kerja dengan tarmosnya….
Pengurus : Apa benda tu Pak Pandir?
Pak Pandir : Oh ini tarmos saya. Baru saya beli semalam…
Pengurus : Benda tu untuk apa?
Pak Pandir : Ia memanaskan benda yang panas dan menyejukkan benda yang sejuk.
Pengurus : Oh… jadi apa di dalamnya?
Pak Pandir : Saya tuangkan 2 cawan kopi dan 1 cawan air bandung di dalamnya.
==========================================================
ALKISAH 3
Pak Pandir mahu pastikan segala kerjanya dilakukan dengan baik. Jadi setelah membuat fotokopi untuk dokumen-dokumen itu, dia selalu membandingkan salinan itu dengan salinan yang asal. Takut kalau-kalau terdapat salah ejaan…
==========================================================
ALKISAH 4
Pengurus : Pak Pandir, jika terdapat kecemasan, awak dail 911. Jangan lupa lagi.
Pak Pandir : Saya tak lupa Tuan. Masalahnya, saya tak nampak angka 11 di talipon ini..
==========================================================
ALKISAH 5
Kerani : Tuan, ini faks dari Pak Pandir..
Pengurus : Macam mana awak tahu? Tak ada nama dia pun
Kerani : Di faks ini ada setem…..

==========================================================
ALKISAH 6



Pak Pandir sedang memandu kereta di lebuhraya Utara Selatan, tiba-tiba handphonenya berbunyi, lalu Pak Pandir pun mengangkatnya.
Ia mendengar suara isterinya Mak Andeh memperingatinya supaya berhati-hati, “Pak Pandir, saya baru saja dengar di radio, ada sebuah kereta yang bergerak bertentangan arah di lebuhraya. Tolong berhati-hati!”.
“Gila!!!,” kata Pak Pandir, “Bukan satu, tapi beratus-ratus!”
==========================================================
ALKISAH 7

Pak Pandir adalah seorang anak yang baru saja mendapatkan harta warisan setelah ayahnya meninggal. Tetapi ia bingung di manakah ia perlu simpan wang tersebut. Hendak simpan di bank takut kalau-kalau banknya bangkrup. Diletak dibawah bantal, nanti diambil pencuri.
Setelah berfikir cukup lama, akhirnya ia mendapat ide, ia menanam wang itu dibelakang rumahnya, lalu memasang papan peringatan dengan tulisan yang sangat besar “TIDAK ADA WANG DISINI!”. Ternyata temannya Pak Pandir yang bernama Si Luncai melihat apa yang dilakukan Pandir.
Setelah lewat tengah malam, Luncai pun menggali tanah itu untuk mengambil wang tesebut. Setelah ia mendapatkan wang itu dan supaya tidak dicurigai, maka Luncai mengganti tulisan yang ditulis Pandir dengan ayat “BUKAN LUNCAI YANG AMBIL!”.
=============================================
ALKISAH 8
Suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macam mana di tengah perjalanannye tadi dia terjumpa seketul taik yang masih panas. Tapi dia tu masih ‘kompius’ sama ada bende yang dia jumpe tu adalah seketul taik atau tidak. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.
Dia meneliti taik tersebut lalu dia berkata “Bentuk macam taik.” Lepas tu dia pegang pulak taik tu lalu dia berkata, “Lembik macam taik.” Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu. Lepas tu dia berkata, “Bau macam taik.” Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keputusan untuk mejilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit…
“MEMANG SAH TAIK..NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!”
=============================================




WITH LOT OF LOVE:


kalau tidak terkata untuk Comment, LIKE pun boleh

2011-12-18

alasan wanita kuat merajuk

Hubungan yang bermula bahagia boleh berakhir dengan kehancuran.
Kenapa pasangan anda sanggup meninggalkan anda?

Pernahkah anda terfikir apakah sebab utama yang menyebabkan pasangan anda (kini bekas pasangan) sanggup melepaskan ikatan cinta terhadap anda dan memilih insan yang lain sebagai ganti?
Mengapa Lelaki Meninggalkan Wanita

Lelaki adalah makhluk yang ego. Namun, lelaki tidak suka menyakiti hati wanita. Lelaki dijadikan Tuhan untuk mejadi khalifah di muka bumi ini. Dan sebagai seorang yang bergelar pemimpin, lelaki memerlukan satu benda yang teramat penting sekali. Benda ini berbentuk perasaan.

Perasaan ini adalah punca lelaki sanggup bergaduh sesama sendiri demi memilikinya. Perasaan ini menyebabkan seorang lelaki sanggup memberi sepenuh kasih sayang dan cinta yang tidak berbelah bagi terhadap wanita.

Sebaliknya, ketiadaan perasan ini akan menyebabkan kaum lelaki dahaga, sehingga pada satu tahap, jika keinginan ini tidak dipenuhi, maka , kaum lelaki sanggup bertindak secara ‘desperate’ demi mencari perasaan ini.

Saya pernah melihat lelaki meninggalkan isteri dan kekasih mereka demi mengejar benda ini. Sungguh saya tidak percaya pada mulanya tetapi hakikatnya seorang lelaki sememangnya memerlukan…
…PENGHARGAAN dari seorang wanita yang bergelar teman hidupnya.

Biar saya terangkan.
Sewaktu mula hangat bercinta dulu, kaum wanita biasanya amat prihatin dengan kecantikan diri- menghiasi diri dengan pakaian cantik, wangian yang menggoda dan mudah ketawa dengan lawak jenaka yang dibuat oleh kaum lelaki.

Hangat. Mesra. Indah….
Sedang masa berlalu, kaum wanita sudah mula bersifat sambil lewa, tidak kisah lagi pilihan pakaian yang sesuai, dan tidak menumpukan perhatian ketika lelaki sedang bercakap. Lawak jenaka yang sewaktu ketika dulu berjaya menghasilkan senyuman tawa riang, sekarang hanya disambuti senyuman ala kadar dan cukup syarat.

Jangan anda salah faham, lelaki tidak akan meninggalkan wanita kerana wanita lain yang lebih cantik dan langsing. Lelaki sebenarnya amat memerlukan penghargaan dari seorang wanita. Penghargaan ini adalah ‘driving force’ dan juga penerimaan terhadap identiti diri seseorang lelaki.

Wanita kadangkala tidak sedar diri mereka sebenarnya menyampai satu mesej separa sedar terhadap lelaki yang berbunyi

“Aku tidak menghargai kau lagi”.
1 Bila lelaki bercakap mengenai impiannya…
Wanita tidak mendengar sebaliknya mengubah topik perbualan.

2 Bila lelaki bercerita mengenai kejayaannya…
Wanita tidak memberi pujian dan galakan yang sewajarnya.

3 Bila lelaki bercerita mengenai kisah dukanya…
Wanita tidak memberi motivasi dan sebaliknya, meluahkan kekecewaannya.

Kesimpulannya, lelaki amat dahagakan PENGHARGAAN.
Lelaki sanggup meninggalkan pasangannya demi mencari seseorang yang boleh memberinya PENGHARGAAN.

Jika anda seorang wanita, ini tidak bermakna anda harus menjadi hipokrit dalam komunikasi anda dengan pasangan anda. Anda hanya perlu pandai mengimbangi energi negatif dan positif(push and pull) mesej anda agar self-estim pasangan anda tidak runtuh. Anda harus cetuskan keadaan di mana pasangan anda berasa dihargai.

Itulah sebab utama lelaki meninggalkan wanita dan itulah juga sebab lelaki menjadi Sang Kekasih di dalam kehidupan anda jika anda boleh memberinya satu PENGHARGAAN yang ikhlas.


credit to someone.

with love,



kalau tidak terkata untuk Comment, LIKE pun boleh

Sebab Lelaki Tinggalkan Wanita

Hubungan yang bermula bahagia boleh berakhir dengan kehancuran.
Kenapa pasangan anda sanggup meninggalkan anda?

Pernahkah anda terfikir apakah sebab utama yang menyebabkan pasangan anda (kini bekas pasangan) sanggup melepaskan ikatan cinta terhadap anda dan memilih insan yang lain sebagai ganti?
Mengapa Lelaki Meninggalkan Wanita

Lelaki adalah makhluk yang ego. Namun, lelaki tidak suka menyakiti hati wanita. Lelaki dijadikan Tuhan untuk mejadi khalifah di muka bumi ini. Dan sebagai seorang yang bergelar pemimpin, lelaki memerlukan satu benda yang teramat penting sekali. Benda ini berbentuk perasaan.

Perasaan ini adalah punca lelaki sanggup bergaduh sesama sendiri demi memilikinya. Perasaan ini menyebabkan seorang lelaki sanggup memberi sepenuh kasih sayang dan cinta yang tidak berbelah bagi terhadap wanita.

Sebaliknya, ketiadaan perasan ini akan menyebabkan kaum lelaki dahaga, sehingga pada satu tahap, jika keinginan ini tidak dipenuhi, maka , kaum lelaki sanggup bertindak secara ‘desperate’ demi mencari perasaan ini.

Saya pernah melihat lelaki meninggalkan isteri dan kekasih mereka demi mengejar benda ini. Sungguh saya tidak percaya pada mulanya tetapi hakikatnya seorang lelaki sememangnya memerlukan…
…PENGHARGAAN dari seorang wanita yang bergelar teman hidupnya.

Biar saya terangkan.
Sewaktu mula hangat bercinta dulu, kaum wanita biasanya amat prihatin dengan kecantikan diri- menghiasi diri dengan pakaian cantik, wangian yang menggoda dan mudah ketawa dengan lawak jenaka yang dibuat oleh kaum lelaki.

Hangat. Mesra. Indah….
Sedang masa berlalu, kaum wanita sudah mula bersifat sambil lewa, tidak kisah lagi pilihan pakaian yang sesuai, dan tidak menumpukan perhatian ketika lelaki sedang bercakap. Lawak jenaka yang sewaktu ketika dulu berjaya menghasilkan senyuman tawa riang, sekarang hanya disambuti senyuman ala kadar dan cukup syarat.

Jangan anda salah faham, lelaki tidak akan meninggalkan wanita kerana wanita lain yang lebih cantik dan langsing. Lelaki sebenarnya amat memerlukan penghargaan dari seorang wanita. Penghargaan ini adalah ‘driving force’ dan juga penerimaan terhadap identiti diri seseorang lelaki.

Wanita kadangkala tidak sedar diri mereka sebenarnya menyampai satu mesej separa sedar terhadap lelaki yang berbunyi

“Aku tidak menghargai kau lagi”.
1 Bila lelaki bercakap mengenai impiannya…
Wanita tidak mendengar sebaliknya mengubah topik perbualan.

2 Bila lelaki bercerita mengenai kejayaannya…
Wanita tidak memberi pujian dan galakan yang sewajarnya.

3 Bila lelaki bercerita mengenai kisah dukanya…
Wanita tidak memberi motivasi dan sebaliknya, meluahkan kekecewaannya.

Kesimpulannya, lelaki amat dahagakan PENGHARGAAN.
Lelaki sanggup meninggalkan pasangannya demi mencari seseorang yang boleh memberinya PENGHARGAAN.

Jika anda seorang wanita, ini tidak bermakna anda harus menjadi hipokrit dalam komunikasi anda dengan pasangan anda. Anda hanya perlu pandai mengimbangi energi negatif dan positif(push and pull) mesej anda agar self-estim pasangan anda tidak runtuh. Anda harus cetuskan keadaan di mana pasangan anda berasa dihargai.

Itulah sebab utama lelaki meninggalkan wanita dan itulah juga sebab lelaki menjadi Sang Kekasih di dalam kehidupan anda jika anda boleh memberinya satu PENGHARGAAN yang ikhlas.






kalau tidak terkata untuk Comment, LIKE pun boleh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...