Blogger Layouts

Kawan-Kawan

2012-12-14


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Entri kali ni, Ika tak tahu nak menulis mengenai apa.  So, Ika nak share beberapa mutiara kata yang indah.  Diambil dari <KLIK SINI>

1)  Membiarkan dirimu dibuai perasaan samalah seperti membenarkan diri dibuai oleh syaitan kerana ia suka kepada orang yang berkhayal. Menyedari kesalahan sendiri adalah lebih baik dari baik daripada menegur kesalahan yang dilakukan oleh orang lain

2) Kecantikan hati, tutur kata dan budi adalah kecantikan manusia yang paling indah yang paling sukar dihampiri selagi dunia fana ini masih terbit pergolakan untuk menakluki bumi Allah



3) Guru mengajar apa yang baik tapi tidak semestinya guru itu sendiri baik. Penjenayah itu jahat tapi bukan semestinyasetiap detik hatinya penuh dengan kejahatan dan bukan setiap yang alim itu penuh taqwa kerana yang benar benar bertaqwa sahaja yang mengerti baik dan jahat

 4)  Semalam adalah suatu kenangan hari ini adalah suatu kenyataan manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam hemdaklah kita simpan buat pedoman di hari depan dan kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang merupakan suatu penyeksaan

5) Kemanisan bicara seorang wanita dapat mengegarkan sebuah istana, menyejukkan jiwa yang kehangatan juga menghancurkan dirinya sendiri. Oleh itu tempatkanlah ia di sudut yang damai agar kebahagian bisa berpanjangan

6) Kecantikan ibarat pepohon yang merimbun. Akan hilanglah serinya apabila dedaun berguguran

7) Hidup ini bagaikan sebuah titisan yang perlu dilalui oleh setiap insan di dunia ini. Oleh itu merentaslah di titian yang teguh yang dibina dari kayu kayu keimanan yang kukuh

8) Seorang ibu sanggup memelihara 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tertentu dapat memelihara seorang ibu

9)  Jangan kenangi kesedihan lalu sebaliknya ingatlah kegembiraan mendatang. Belajarlah bersungguh sungguh agar kegembiraan yang kita nantikan berhasil

10) Setiap mata yang tertutup, belum bererti ia tidur setiap mata terbuku, belum bererti ia melihat

Setiap mutiara2 kata ini mempunyai maksud yang mendalam untuk memahami nya.

Sampai sini je lah penulisan Ika.  Ribuan terima kasih kerana sudi membacanya sampai habis.

salam sayang,

kalau tidak terkata untuk Comment, LIKE pun boleh

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...