Blogger Layouts

Kawan-Kawan

2012-12-10

PENGALAMAN KALI PERTAMA



 Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Seperti yang dijanjikan, Ika akan bercerita mengenai pengalaman kali pertama Ika pergi temuduga.  Malam sebelum tu, Ika dah siap susun semua sijil-sijil mengikut urutan macam mana along Ika dah ajar dan Ika tidur awal untuk tidak mengantuk semasa menunggu tu.



Hari temuduga tu, pagi-pagi lagi Ika dah bangun dan bersiap-siap. Pukul 7.15 Ika ambik Bella seperti yang dijanjikan dan pukul 7.30 kami dah sampai kat syarikat tu. Kiteorang tunggu sekejap dalam kereta untuk hilangkan perasaan nervous. Bila dah hilang sedikit nervous kiteorang naik lah syarikat tu.  Bila masuk je dalam syarikat tu, terkejut nya lah kami kerana ramai calon lain yang dah datang. Semasa kat dalam syarikat tu, staff dekat syarikat tu sediakan kerusi untuk kami duduk.

Dalam pukul 8.15 macam tu, ada 2 orang staff syarikat tu mengambil kehadiran dan memberi nombor bilik untuk ditemuduga.  Ika dan Bella mendapat nombor yang sama dan nama kiteorang atas dan bawah je.. heheheehe.  Bila semua calon dah dapat nombor bilik ditemuduga, kami duduk je kat situ dengan agak lama.  Tiba2, ada sorang staff kata, sesi temuduga star pkul 9 lebih.. Time tu rasa berang lah juga sebab dah tunggu lama baru nak bagitau.

Pukul 12 lebih nak dekat pukul 1, Ika baru ditemuduga selepas berjam-jam duk situ. Memang ngantuk lah duduk situ dan Ika bukan seorang yang suka menunggu dengan lama. Ika ditemuduga oleh seorang perempuan dan seorang lelaki.   Yang lelaki tu senyum dan baik orangnya manakala perempuan nampak garang dan cerewet. Semasa temuduga tu, banyak jugalah soalan yang ditanya dan Alhamdulillah Ika dapat jawab dengan yakin walaupun gementar.  (Terima Kasih UITM sebab buat program finishing school tu)

Pukul 1.30 macam tu, baru Ika dan Bella pergi makan yang minta diisi sebab dari pagi tak isi apa2.  Time makan tu, kiteorang dah kata kiteorang memang tak mengharap untuk dapat kerja ni sebab tengok ramai yang lagi layak dari kami tapi yang penting kami yang PALING MUDA datang temuduga tau.. Semua orang terkejut kami dah habis belajar.

So, itu lah pengalaman Ika pergi temuduga untuk kali pertama,  Tak ape lah Ika tak dapat kerja tu,sekurang-kurangnya Ika dapat pengalaman untuk temuduga dan tau macam mana keadaan di temuduga tu,

Sampai sini je entri ni.  Ika ucapkan ribuan terima kasih dan syabas kerana habis membaca entri Ika yang tak seberapa ni.

 salam sayang,

kalau tidak terkata untuk Comment, LIKE pun boleh

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...