Blogger Layouts

Kawan-Kawan

2012-12-09

ALKISAH MENCARI KERJA

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...


 
Entry yang lepas ika dah bagitau yang ika sekarang ni dah menamatkan diploma ika.  So, ika ingat lah nak cari kerja sekadar untuk mencari pengalaman. Ika sebelum habis exam lagi Ika dah niat nak cari kerja sebab Ika tau mesti boring duduk rumah dan Ika nak cari juga sedikit pengalaman senang masa hadapan.

Habis je exam, Bella ade bagitau Ika yang Satu syarikat ni ade jawatan kosong untuk PEMBANTU TADBIR SAMBILAN dan ayah dia dah ambik kan borang untuk kami berdua (terima kasih Pak Cik Edrus).  Kiteorang isi borang tu hari rabu dan hari Khamis, ayah Bella suruh kiteorang datang temuduga hari Isnin depan.  Ika terkejut lah juga sebab kejap sangat dah panggil temuduga. Mungkin rezeki ika untuk pergi temuduga untuk pertama kali  sebab tak pernah pergi temuduga sebelum ni.

Hari isnin tu kami pergi lah temuduga di syarikat tu seawal pagi. Rezeki untuk kerja di syarikat tu tidak berpihak kepada Ika untuk kerja di situ dan rezeki Bella untuk ada di situ.  Tak ape lah Ika redha dan percaya itu bukan rezeki Ika. Entry akan datang Ika akan cerita semasa temuduga keadaan semasa tu.


Bila Ika dah tak dapat Kerja dekat situ, Ika ada lah juga cari kerja melalui mudah.my, jobstreet.com.my dan jobsmalaysia.gov.my.. Tapi kebanyakkan nya nak ada pengalaman.  Macam mana nak dapat pengalaman kalau semua syarikat tak nak bagi pengalaman dekat fresh graduate.. Betul tak Ika kata kan???

Last2 Ika mengalah untuk cari kerja. Mama pun ada kata rehat lah kat rumah sebab nanti nak sambung belajar lagi (sebenarnya ada maksud lain mama tu, nanti Ika ceritakan yer).. Lagipun, kalau Ika kerja  susah lah sebab family Ika ni rajin berjalan dan silap2 Ika kena tinggal pulak. So, ika decide untuk cari KERJA DI RUMAH dan menjadi SURI RUMAHTANGGA sepenuh masa. Income dapat dari mama dan papa, kerja tak stress..

Oklah. Terima kasih sebab baca sampai habis entri Ika yang tak seberapa ni.


p/s: akak2 Ika jeles sebab ika duduk rumah ade elaun.. hohohohooho

salam sayang










kalau tidak terkata untuk Comment, LIKE pun boleh

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...