Blogger Layouts

Kawan-Kawan

2012-01-14

Jaja Dan Din


Assalamualaikum dan salam satu malaysia




Jaja & Din mengisahkan tentang Jaja seorang anak doktor dan juga seorang media planner jatuh cinta pada ‘dia’ yang hanya dikenali melalui sekeping gambar. Hanya disebabkan sekeping gambar yang bisu itu, Jaja mengenepikan segala peraturan hati yang dia cipta dan pegang selama ini.

Jaja yang boleh dikelaskan sebagai perempuan moden jatuh cinta pada ‘dia’ yang berkopiah putih yang pastinya agak Islamik dan tidak semoden Jaja. Din…hanya itu yang Jaja tahu tentang ‘dia’. Selainnya Jaja tidak tahu tapi Jaja tahu dan yakin yang dia telah jatuh cinta pandang pertama (bukan bertatapan tapi pada gambar aje) pada Din.

Din, seorang guru sastera Bahasa Arab tidak pernah tahu bahawa Jaja yang moden itu jatuh cinta padanya kerana Jaja tidak ada ciri-ciri wanita impiannya. Din mahukan seorang wanita yang mulia, yang cekal, yang reda, yang tahu makna zuhud dan yang tidak akan mengalirkan air mata tatkala menghantar dia berjuang fi sabillillah. Sememangnya Jaja tak ada semua itu.

Demi cinta, Jaja sanggup berbuat apa saja untuk memastikan Din menjadi miliknya lalu Jaja dengan berani meminang Din untuk dirinya. Din macam mana?????

=================================================
ika tls dkat atas ni adalah sinopsis untuk Novel Jaja dan Din.  novel ni sbrnya da lama tp ika bru je baca sbb ika boring sangat,,

time ika baca novel ni kan, ika berangan kalau indahnya lelaki seperti din tu benar2 wujud.. ika akan lamar dia macam mana jaja lamar din,,tapi ni semua kan cerita maknanya tak akan jadi realitinya,

ika tak tau nak tulis apa lagi, so ika berhenti sampai sini je la ya,

p/s:  sesiapa yang tak baca lagi, ika cadangkan baca lah


with love,

kalau tidak terkata untuk Comment, LIKE pun boleh

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...