Blogger Layouts

Kawan-Kawan

2014-01-01

Selamat Tahun Baru





Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Alhamdulillah sekarang ni kita dah masuk tahun baru.. Selamat tinggal 2013 dan hai 2014....
Antara pencapaian Ika yang terbaik untuk tahun lepas adalah:

  • Ika berjaya mendapat segulung diploma dalam bidang Pengurusan Pejabat
  • Ika dapat sambung belajar degree dalam bidang Ekonomi Perniagaan
So, untuk tahun baru ni Ika ada juga pasang azam.. Pasang azam pada awal tahun adelah kewajipan tapi nak tunaikan nya entah lah. Insya Allah Ika akan tunaikan azam yang Ika pasang walaupun hanya beberapa je.. Azam Ika untuk tahun ni Insya Allah adalah:
  • Nak tunaikan azam dari tahun2 sebelum (rasanya azam yang ini Ika akan tekad untuk tunaikan..)
  • menjadi seorang yang matang dari segi fizikal dan mental (umur da meningkat tapi kurang matang..hehehe)
  • berubah kearah yang lebih positf iaitu lebih dekat dengan Allah, Pencipta Yang Satu.
  • lebih banyak update blog.. (yang ni Ika akan cuba..walaupun bukan lah susah sangat kan)
  • lastly of course lah cuba tingkatkan pointer Ika mcam diploma dulu,, 
Semoga azam2 Ika akan tercapai untuk tahun 2014 ni..  Korang doa2 kan lah yer..

Baru Ika perasan, dah setahun Ika tak update blog..sangat melampau kan.. Ish222.. Tulah, orang ade blog awak nak juga..tapi tak berupdate..

*InsyaAllah nnt Ika kongsi cerita lain k.



salam sayang,


kalau tidak terkata untuk Comment, LIKE pun boleh

2012-12-18

Projek Memikat Suami..........................


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Projek memikat suami???? Ika nak pikat hati suami ke?? Tak ade la. Calon suami pun tak ada lagi apatah lagi nak memikat suami kan..  Sebenarnya ni tajuk sebuah novel. Ika baru je terbaca novel malam tadi.   Alkisahnya terbaca sebab novel ni sebab tak boleh tidur dan baca lah sehingga subuh.  Lepas subuh baru lah Ika beradu itu pun hanya untuk  beberapa jam sebab Ika dah janji nak keluar dengan kawan.

Eh.. dah melalut pulak Ika ni,  Ika nak ulas sikit pasal novel ni..  Novel Projek Memikat Suami ni hasil penulisan Hanina Abdullah dan keluaran kakinovel.

 ni cover novel projek memikat suami

Cerita ni sebenarnya mengisah kan seorang gadis dipaksa berkahwin dengan pilihan keluarganya iaitu seorang anak hartawan selepas menghabiskan pengajiannya di Luar Negara. Pada mulanya dia tidak bersetuju untuk berkahwin tetapi dia tidak mahu menghampakan perasaan Ummi dan babahnya.  Si suami juga tidak bersetuju dan berjanji akan menyiksa gadis tersebut sekiranya gadis itu bersetuju berkahwin dengan nya.

Akhirnya mereka berkahwin juga dan pada masa yang sama si gadis tersebut mempunyai beberapa plan untuk memikat hati suaminya selepas dipujuk oleh kakak2 gadis tersebut.  Antara plan gadis tersebut dan kakaknya ialah:

1) memakai baju seksi apabila bersama suami
2) sentiasa mengutamakan suami
3) sentiasa menjaga perut suami
4) buang perasaan mengajuk dengan suami.

Dalam masa yang sama, pelbagai rintangan gadis tersebut kena hadapi sehinggalah dia sudah mengalah untuk melaksanakan projek memikat suaminya sendiri, Untuk mengetahui lebih lanjut kena lah baca sendiri baru apa yang menyebabkan novel ni best sangat.  Kalau tak nak beli novel ni, boleh lah baca dekat SINI..

Apa yang Ika kagum dengan watak si isteri ni ialah
1) Dia tetap bersabar walaupun si suami ada gadis lain
2) Dia menyediakan makanan khas untuk suaminya walaupun ada makanan lain yang dihidang
3) Walaupun dipaksa berkahwin dia redha kerana ingin membalas jasa kedua ibu bapanya dan tetap melayan suami nya dengan baik.

Sampai sini je penulisan Ika.  Kalau nak tau lebih lanjut silalah klik link tu ya.  Terima kasih kerana membaca entri Ika sampai habis.

p/s: nnt Ika ceritakan pulak mengenai sebuah novel seram ni..

salam sayang,








kalau tidak terkata untuk Comment, LIKE pun boleh

Hari Pertama


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Semalam hari Isnin dan baru sehari semalam mama pergi kursus Ika dah rasa bosan sangat2.. Macam mana lah nak tempuh sampai hari Khamis atau Jumaat ni..  Jadi, Ika dah tau lah macam mana keadaan mama time Ika belajar dulu. Patut lah mama kata sunyi kalau Ika tak ada dekat rumah sbb papa kalau lepas maghrib dia terus duduk bilik dan mama sorang2 tgk tv. Ika dah rasa kesunyian mama tu macam mana.  Ika betul2 kesian mama dan rasa tak nak lah sambung degree kalau macam ni...

Papa pun pagi tadi dah pergi JB sebab dia ada meeting.  Kalau tak, Ika confirm  dah duduk bilik papa  sbb boleh kacau papa yg tengah tgk tv atau pun bodek papa nak Iphone.. kikikiki..  Sebab kedua-dua parents Ika tak da jadi Ika tinggal dengan keluarga angah je lah beberapa hari ni dan hari ni pulak lah angah demam sebab kena angin yang teruk.. So, malam tadi rumah agak sunyi lah sebab yang berjaga Ika, budak kecik dan abang..

Ika tak tau dah nak tulis apa. Yang Ika tau malam tadi memang Ika bosan giler222222.. Tolong lah Ika..

p/s: apa lah aktivi malam ni pulak kan..harap tak lah bosan sgt.. (papa baru call dan bgitau dia baru keluar dari jb..  oyeh..papa balik...)

Terima Kasih sudi baca sampai habis..

salam sayang,

kalau tidak terkata untuk Comment, LIKE pun boleh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...